Sunday, October 24, 2010

Novel Sejarah Islam

Novel Sejarah Islam tulisan Pak Latip merangkumi hero-hero sejarah Islam bermula dari zaman rasulullah. Saya amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tokoh-tokoh ini & peluang untuk memiliki novel2 ini tidak saya lepaskan. Novel ini diterbitkan oleh PTS.

Setakat ini saya sudah menghabiskan 4 novel khalifah Rasyidin (Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Usman Affan, Ali Abi Talib), Salahudin Al-Ayubi, Sultan Muhamad Al-Fateh & Umar Abdul Aziz. Kesemua mereka ini telah berjasa dalam mengembangkan Islam ke serata dunia. Dengan membaca novel2 ini saya rasakan makin mengenali mereka & makin faham tentang sejarah permulaan Islam itu sendiri.

Saya syorkan anda memiliki novel2 ini buat bacaan seisi keluarga, bermula dengan 4 Khalifah Rasyidin.

Boleh dapatkan buku ini secara online di www.telagailmu.com

No comments: